22 Januari 2010

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.
Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka tercicir atau terbelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid yang mempunyai pencapaian yang rendah akan dikenalpasti dan dipulihkan.

KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh:
a. Menguasai kemahiran asas 3M.
b. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

21 Januari 2010

TIPS PENGURUSAN KELAS

Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda tentang tips untuk cikgu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa menurut pandangan Dr. Fred Jones :

1. Wujudkan minat dalam diri anda terhadap pelajar.
Guru perlu memiliki minat yang tulen terhadap pelajarnya. Terdapat dalam keadaan tertentu, guru memaksa diri untuk cuba meminati pelajar-pelajar di dalam kelas yang dianggap sebagai ‘bermasalah’, namun lama-kelamaan perasaan itu menjadi sesuatu yang benar, tulen dan ikhlas. Dengan itu cikgu akan kerap memberikan pujian dan kata-kata peransang kepada pelajar-pelajar. Guru juga harus kerap berkomunikasi/berinteraksi dengan pelajar secara individu dan bukan hanya berkumpulan sahaja.

2. Nyatakan peraturan kelas dengan jelas.
Guru perlu melaksanakan peraturan kelas dengan adil dan konsisten. Terangkan peraturan-peraturan di dalam kelas semasa guru mengajar.

3. Cuba fahami pandangan pelajar.
Cikgu perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar dan cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan pelajar. Jika mereka nampak boring semasa kita sedang mengajar, ubah strategi atau kaedah. Jangan terikat dengan buku rancangan mengajar. Itu cuma "rancangan".

4. Guru juga manusia.
Oleh itu, seharusnyalah sebagai seorang guru mengaku kesilapan yang mungkin dilakukan ketika menjalankan tugas. Gunakan pendekatan humor jika perlu bagi menarik perhatian pelajar dan mengurangkan ketegangan. Tapi ketegasan juga perlu semasa mengajar untuk kawalan disiplin.

5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar.
Sentiasa duduk di meja guru atau berdiri di belakang pelajar hanya mewujudkan jurang antara guru dan pelajar. Pelajar akan membuat tanggapan bahawa cikgu sengaja tidak mahu mendekati mereka. Selalulah keliling kelas semasa mereka melakukan aktiviti. Semak secara spontan kerja mereka dari segi ejaan, tulisan dll.

6. Selesaikan masalah pelajar dengan segera.
Ini dapat mengelakkan sesuatu masalah itu ‘berjangkit’ dan berlanjutan sehingga mungkin menyulitkan keadaan. Kenalpasti kemahiran mana murid tidak menguasai. Lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

7. Gunakan kaedah berkumpulan (collaborative).
Guru memberikan peluang kepada pelajar membuat keputusan di dalam kelas. Berikan kefahaman kepada pelajar bahawa kelas itu adalah ‘kelas kita’ dan bukan ‘kelas saya’. Wujudkan sikap kekeluargaan di dalam kelas.

Suasana kondusif sangat penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN
1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN
Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung
kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah
sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain
kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang
berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran
pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang
mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat
penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin
dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial,
emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik
kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

PENTADBIRAN KELAS

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan.

Di antaranya ialah :

1. Jadual waktu kelas / persendirian

2. Fail Meja / Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

3 Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang –
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod – rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.

PENGELOLAAN SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS

01 . FAIL INDUK
Kandungan
a. Surat – surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling – pekeliling Ikhtisas

02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN
Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

03 . FAIL MESYUARAT
Kandungan
a. Surat – surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia
( sekurang – kurangnya 3 X setahun )

04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN
Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program

05 . FAIL ANALISIS IPP2M
Kandungan
a. Analisis IPP2M

06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN
Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan

07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID
Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan

08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK
Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN
Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.

10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN
Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan

11. FAIL – FAIL LAIN
- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan

( Fail Bahasa Melayu – Individu )
- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu

( Fail kerja susulan – individu )
- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai ( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal )
- Lawatan
- Inventori
- BBM / ABM
Contoh :Buku – buku , carta , kad – kad dan lain – lain.

12 Januari 2010

KELAS PEMULIHAN KHAS SKKJ.

Keceriaan kelas merupakan satu aspek yang boleh membantu menjayakan matlamat program pemulihan khas. Ini disebabkan kanak-kanak sememangnya berminat dengan perkara sebegini. Namun pemulihan khas sekolah ini juga lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya gabungan aspek-aspek tersebut diharapkan pelajar pemulihan khas dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat dan mencapai objektif yang diharapkan. Pengurusan pemulihan khas ini mendahulukan kehendak dan keperluan pelajar, di samping itu pencapaian pelajar yang cemerlang menjadi keutamaan. "Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah teras perkhidmatan pemulihan khas sekolah ini.